🎟️ Buy Now! Free Samping for Kids & Adult for LIMITED TIME

Koleksi Baju Raya Sedondon di Bulan Bintang

Tahu tak yang Bulan Bintang ada keluarkan baju raya dengan variasi warna yang sama untuk mudah anda cari baju raya sedondon dengan keluarga? Tak perlu pening nak cari kain untuk buat baju raya sedondon, dekat Bulan Bintang ni ada lebih 100 warna yang ada boleh pilih supaya boleh sedondon dengan ahli keluarga yang lain. 

Kalau anda punya tema tahun ni warna kuning, kami dah list kan baju raya sedondon tema kuning untuk seisi keluarga.

Lelaki: Baju Melayu Tailored Fit

Warna: Laguna Yellow

Baju Melayu dengan potongan Tailored Fit ini direka khas bagi mereka yang mementingkan keselesaan dan pada masa yang sama ingin sentiasa kelihatan kemas. 

Diperbuat dengan material kain Italian Avanti, kain ini tidak mudah panas. Sesuai untuk dipakai ketika hari raya dan juga majlis keraian yang lain.

Baju Melayu ini direka untuk memudahkan pergerakan si pemakai kerana mempunyai zip di sisi hujung baju dan di kedua-dua belah lengan. Ambil wuduk pun jadi mudah bila ada zip di lengan.

Anak Lelaki: Baju Melayu Kids

Warna: Laguna Yellow

Jom lihat koleksi baju raya sedondon yang sesuai digayakan untuk anak dengan si ayah. Haruslah nak yang sedondon kan.

Bagi koleksi Baju Melayu Kids, ia direka dengan potongan Tailored Fit daripada material yang sama dengan baju Melayu dewasa. 

Bagi saiz 0 – 7 tahun, seluar bergetah manakala 8 – 11 tahun sama seperti orang dewasa, berzip dan hook. 

Cutting baju melayu ini straight cut, nampak sama kemas dan bergaya macam si ayah.

Perempuan: Baju Kurung Glam Sisters – Adelia

Warna: Lemonade

Untuk golongan wanita pula, baju kurung Adelia tampak simple dan sesuai untuk dipakai sedondon mengikut warna tema sekeluarga.

Material baju ini sesuai dipakai sewaktu cuaca panas kerana ia terdiri daripada 80% Cotton, 20% Rayon.

Baju bercorak dipadankan dengan kain lipat depan, sangat sesuai digayakan oleh ibu-ibu. Terdapat juga padanan taburan manik di hujung lengan dan hujung baju bagi menambah seri baju tersebut.

Anak Perempuan: Baju Kurung Glam Kids – Sofea

Warna: Dandelion Yellow

Bukan mak-mak sahaja nak melaram, anak perempuan pun mestilah nak jugak! Nak cari baju raya sedondon tak semestinya kena ikut tona yang sama kan? Walaupun berbeza sedikit tona warna kuning antara ibu dan anak, tapi masih tetap dalam tema warna yang sama.

Bulan Bintang tampilkan koleksi Baju Kurung Kids Glam Sofea yang sesuai digayakan oleh kanak-kanak perempuan. Baju kurung ini available untuk bayi sehingga kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.

Cutting kain juga sama seperti dewasa, iaitu mermaid, dengan kain kipas belakang. Mudah dipakai dengan zip dan getah di sekeliling pinggang. Dengan kemasan lace bunga di hadapan baju, ia sesuai digayakan pada masa kini.


Mudah kan kalau dapat cari baju raya sedondon dekat satu tempat sahaja?

Selepas ini tak pening dah nak cari tempat shopping yang ada jual baju raya sedondon. Boleh terus cari di Bulan Bintang. Lengkap untuk seisi keluarga.

Banyak lagi koleksi baju raya sedondon di Bulan Bintang. Untuk lelaki, boleh pilih antara baju Melayu atau kurta. Untuk perempuan pula, pelbagai koleksi baju kurung moden yang anda boleh pilih tersedia di website Bulan Bintang.

Kalau nak tengok lebih banyak koleksi-koleksi baju raya sedondon di Bulan Bintang, klik je link dibawah untuk masuk ke website Bulan Bintang.

Share this blog on:

Keep your finger on the pulse of fashion with weekly round-ups of our latest arrivals,
upcoming launches, special promotions and trend-focused editorials.

© BULAN BINTANG 2023 All right reserved     Privacy Policy  |  Terms of Service

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping