🎟️ Buy Now! Free Samping for Kids & Adult for LIMITED TIME

Pilihan Baju Raya Lelaki Yang Ada di Bulan Bintang

Baju Melayu dan kurta masing-masing ada peminatnya sendiri. Ada sebab kenapa pilihan setiap individu berbeza samada untuk keselesaan, gaya atau apa pun sebab lainnya.

Selain baju Melayu dan kurta, ada juga yang memilih untuk memakai jubah. Tetapi di Bulan Bintang, kami cuma keluarkan koleksi baju Melayu dan kurta sahaja.

Bulan Bintang amat mementingkan gaya yang minimalist, segak dan tampan. Walaupun baju Melayu dilihat sebagai pakaian tradisional, ia tetap boleh digayakan dengan gaya moden dan sesuai untuk golongan muda yang gemar bergaya.

Untuk kurta, ada sehingga lima pilihan yang boleh anda pilih. Kami pelbagaikan jenis potongan, kolar, kedudukan poket dan juga jenis lengan agar si pemakai tampak lebih kemas dan bergaya.

Perbezaan Antara Kurta dan Baju Melayu

Pemakaian kurta kini tidak lagi menjadi asing ketika hari raya. Namun begitu ramai juga yang masih tetap memilih baju Melayu. Untuk tahun 2023, apa pilihan baju raya untuk anda kaum lelaki? Kurta atau baju Melayu?

Kurta

Kurta dikatakan cukup popular dalam kalangan masyarakat Pakistan. Tetapi, ianya semakin menjadi trend sejak beberapa tahun ini di Malaysia kerana lebih mudah dipakai dan lebih praktikal berbanding baju Melayu. Selain hari raya, kurta juga sesuai dipakai ke apa-apa majlis atau keraian.

Kaum lelaki semakin ramai memilih untuk menggayakan kurta semasa musim perayaan kerana ciri-ciri bajunya yang memudahkan si pemakai bergerak dan bergaya. Pemakai akan kelihatan kemas walau hanya memakai kurta bersama seluar slack.

Oleh kerana kurta sudah menjadi satu trend di Malaysia, banyak kurta telah direka dan diolah kearah lebih moden dan sesuai mengikut kehendak dan gaya lelaki terkini.

Baju Melayu

Baju Melayu juga dikenali sebagai pakaian tradisional dan kebangsaan untuk lelaki Melayu. Antara design baju Melayu yang paling popular dan menjadi pilihan ramai adalah baju Melayu Cekak Musang dan baju Melayu Teluk Belanga.

Berbanding kurta, baju Melayu didatangkan khas dalam satu set yang biasanya dilengkapi dengan samping dan songkok. Memakai baju Melayu juga mengambil masa yang agak lama kerana banyak aksesori yang perlu digayakan sekali.

Namun begitu, baju Melayu masih menjadi pilihan hingga ke harini kerana rata-rata pemakainya inginkan lebih feel untuk bersiap di pagi hari raya.

Koleksi Baju Melayu dan Kurta di Bulan Bintang

Di Bulan Bintang, kami menyediakan pelbagai pilihan baju Melayu dan Kurta untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, malah terdapat lebih 100 variasi warna untuk disesuaikan dengan warna tema anda tahun ini.

Kurta A

Kurta A ini didatangi dengan kolar jenis teluk belanga dan mempunyai jahitan halus yang kemas di sekeliling kolar dan butang.

Menggunakan material 100% cotton yang akan terletak kemas di badan si pemakai. Buat mereka yang mementingkan keselesaan, inilah pilihan kurta yang terbaik untuk anda!

Kurta B

Kurta B ini didatangi dengan kolar cekak musang dan 3 butang rona berbentuk logo Bulan Bintang di hadapan.

Terdapat dua poket tersembunyi di sisi untuk menyimpan barang-barang kecil seperti smartphone dan kunci kereta di dalam kocek tersebut.

Kurta B boleh digayakan secara casual kerana cutting bajunya jenis relaxed fit – saiznya sedang elok iaitu tidak terlalu ketat atau longgar.

Kurta C

Kurta C mempunyai kolar teluk belanga dan 3 butang pada permukaan hadapan baju yang menyerupai gabungan style antara Kurta A dan Kurta B. 

Ia juga mempunyai poket tersembunyi di sisi baju bagi membolehkan anda menyimpan barangan yang ringan dan nipis.

Kurta D

Kurta D dilengkapi dengan kolar cekak musang dan mempunyai tiga butang di hadapan baju. Kurta berlengan panjang ini diperbuat daripada 100% cotton.

Jangan risau tentang masalah saiz baju kerana saiz kurta ini available daripada XS hingga 5XL.

Kurta E

Kurta E ini berlengan pendek dan mempunyai kolar cekak musang.

Kurta ini juga mempunyai poket tersembunyi di sisi baju.

Baju Melayu Slim Fit

Baju Melayu Slim Fit dari Bulan Bintang direka khas supaya mesra wudhu dengan zip tersorok dibahagian lengan untuk memudahkan urusan mengambil wudhu dan di tepi hujung baju juga ada zip bagi memudahkan untuk menyarung pakaian.

Material yang digunakan adalah Korean royal versace breathable, tidak panas dan tidak jarang.

Baju Melayu Tailored Fit

Baju Melayu Tailored Fit mempunyai zip tersorok dibahagian lengan baju bagi memudahkan urusan mengambil wudhu dan juga zip tersorok di bahagian bawah tepi baju.

Baju Melayu ini juga mempunyai design cekak musang yang sama di bahagian leher, dengan kolar yang tinggi dan mencekak tengkuk.


Jadi macam mana?

Dah buat pilihan ke samada nak pakai baju Melayu atau kurta tahun ini?

Jangan risau tentang warna, kami ada lebih 100 warna yang boleh dipilih daripada koleksi baju raya Bulan Bintang.

Kalau anda dah tahu nak pilih yang mana satu, boleh lah cari warna yang anda inginkan di website kami.

Klik butang dibawah untuk dapatkan baju melayu anda di Bulan Bintang sekarang!

Klik butang dibawah untuk dapatkan kurta anda di Bulan Bintang sekarang!

Share this blog on:

Keep your finger on the pulse of fashion with weekly round-ups of our latest arrivals,
upcoming launches, special promotions and trend-focused editorials.

© BULAN BINTANG 2023 All right reserved     Privacy Policy  |  Terms of Service

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping